1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam
mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan
diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan
kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut
jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur
sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai
isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau
diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan
bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan
isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik
isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan
cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti
perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka
akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang
menegurnya itu ibunya sendiri.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang
hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat
bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya
supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan
isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah
tidak taat padanya.
6.
Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami
bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak
cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami
akan gembira bila seleranya ditepati.
7.
Apabila pakaian suami koyak atau tercabut
butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya
pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana
jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau
terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri
oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8.
Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di
dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak
wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak
segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi
dan kayu sugi.
9.
Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,
dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu
ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri
berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar
keatas setiap isteri.
10.
Apabila menggunakan harta suami ataupun duit
yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih
dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu
mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah
menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak
dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu
tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya
tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11.
Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan
kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam
keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan
isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga
merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12.
Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan
jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya
sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Kalau boleh
sediakan makanan ringan seperti kuih-muih dan biskut. Hal ini juga dapat
mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi
zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
13.
Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan
memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan
bersabarlah di atas segala tindakan mereka walaupun kita kurang menyukai.
Post a Comment
Silahkan komen atau saran dengan kebaikan budi serta keelokan bahasa, trimakasih.